
Alkisah eksiden dulu-dulu memang amat menyakitkan bukan sahaja fizikal dan mental malah menjawab soalan yang sama oleh pelawat juga adakala suatu yang menyakitkan! Apa tidaknya, badan patah riuk dihospital dikunjungi segerombolan saudara mara dan sahabat handai yang prihatin serta 'ambil berat' saudaranya dari pagi hingga ke malam. Untuk tidak menghampakan mereka, penceritaan semula berulang kali membuatkan pesakit agak penat tetapi gembira apabila dikunjungi dan seronok kerana kesudian mereka. Agak lega..sakit tu jadinya.
Seiring dengan perkembangan zaman teknologi sekarang ini, eksiden seperti ini boleh dirakam dan ditonton oleh sesiapa sahaja. Mungkin juga boleh dijadikan kenangan pahit hidup apabila sembuh atau waktu tua kelak selain menjadikan ia sebagai iktibar kepada yang lain supaya beringat selalu.
Lokasi : Jalan Sukepi, Jenjarom, Selangor.
Tarikh : 9 Nov 2010
Masa : sekitar jam 6.30 petang
Keterangan : Balik kerja dari Subang Menuju Banting melalui jalan dalam. Berlanggar dengan lori 3 tan kepala Merah. Seorang akak yang tahan lelaki pertama.. lelaki pertama tak tau nak buat perrr.. dia tahan lelaki kedua.. so lelaki kedua yg buat semua tue. Video ni adik yg dpt kan dari lelaki org kanchong tue...
Menurut sumber, cubaan untuk mendapatkan dompet eni pun agak susah juga pada mulanya..tapi lepas org jalan sukepi tue baca ayat baru lah derang bejaya keluarkan dompet eni dari kaki yang naik keatas tue. Baru lah derang ambik kad keje dan no rumah derang tanya eni dan chek kat henfon eni..
Part 1 - Sejurus Eksiden berlaku
--------------------------------
Part 2 - Sebelum dimasukkan Ambulance
-------------------------------------
No comments:
Post a Comment